Friday, 23 June 2017

Jom Balik Kampung Dengan Lazada

Friday, June 23, 2017 0 Comments
Raya lagi beberapa hari je lagi. Sekarang ni semua anak perantau dah mula beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Standard la bila musim perayaan tak kira la raya Aidilfitri ke, Chinese New Year dan Deepavali akan berlaku kesesakan di jalan raya. Jadi, kita perlu lakukan sedikit persiapan untuk pulang ke kampung seperti luggage, baby car seat, dan juga tempat letak makanan dan minuman jika terpaksa berbuka di dalam kereta.

Tahun ni macam biasa la kinah akan pulang ke Perak. Kampung halaman teman le. Walaupun jarak antara Perak dan Selangor tu tak la berapa jauh tapi bila dah bersesak di jalan raya tu boleh memakan masa lebih 3@4 jam uiii. Oleh sebab itu beberapa barang perlu ada di dalam kereta sementara nak sampai ke kampung. 

Jadi antara keperluan yang mesti ada bila nak balik raya ni ialah semestinya luggage baju. Takde luggage, mana nak simpan baju tu semua. Jadi, kinah memlih luggage daripada Lazada.
Bestnya luggage 3in1 jadi cukup le satu sorang. Satu untuk ibu, satu untuk ayah dan satu untuk Thahirah hehehe. 

Keperluan lain perlu ada masa nak balik kampung ni child car seat. Child car seat ni penting tau untuk keselamatan anak kita. Tak kisah la perjalanan tu jarak jauh atau dekat penggunaan child car seat ni penting tau.
Keperluan ketiga yang perlu ada dalam kereta sebelum nak pulang ke kampung ialah Multifunction Car Seat Back Storage Bag. Bagi kinah ni pun merupakan satu keperluan. Senang sikit nak digunakan bila nak beraya nanti. Ada juge stock makanan hehe.
Bersempena raya pun dah tak lama lagi, Lazada mengadakan kempen Riang Ria Raya yang berlangsung dari 19Jun hingga 30 Jun ni dan potongan harga sebanyak 90%. Masih ada masa lagi ni walaupun beberapa hari lagi nak raya. Untuk maklumat lanjut boleh layari di sini http://ho.lazada.com.my/SHQxqS


100Comments.com - Review And Share Your Opinion

Friday, June 23, 2017 0 Comments

Teruja nak mencuba keluaran terbaru sesuatu produk, tapi tak tau sejauhmana keberkesanan produk tersebut. Biasanya sebelum kita membeli sesuatu barangan mesti nak belek dulu testimoni daripada pengguna. Ok ke tidak barang tu. Tak ok nanti rugi pulak. Kebiasaannya kalau kita nak membeli tu, kita akan "google" tengok berapa banyak testimoni produk tu, kalau banyak yang bagi feedback positif baru lah nak beli kalau tak banyak bye bye jawabnya.

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni korang tak payah dah susah-susah nak "google" satu-satu testimoni. Sebabnya dah ada satu laman web yang mengumpulkan lebih seribu testimoni barangan keluaran terbaru. Korang boleh cari review atau testimoni mengikut kategori seperti kesihatan dan kecantikan, barangan bayi, keperluan dapur, serta jenama yang dikehendaki. Nak tahu nama website tu? Namanya 100comments.com

Mudahkan, so korang tak payahla lepasni susah-susah nak "google" satu-satu. Dah jimat masa kat situ. Selain membaca review daripada pengguna lain, korang juga boleh menghantar review korang sendiri tau. Best tak? Review yang kita sumbangkan tu, sedikit sebanyak dapat membantu pengguna lain membuat keputusan untuk membeli atau sebaliknya.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari website ini 

Thursday, 22 June 2017

Minyak Turun Lagi Kepada RM1.91 Mulai 22 Jun 2017

Thursday, June 22, 2017 7 Comments
Elok sangatlah minyak turun lagi mulai malam ni. Kali ni minyak turun sebanyak RM 0.07 sen dari RM1.98. Ok la tu tambah pula sekarang ni dah nak raya, save sikit bajet untuk minyak. Confirm la raya ni nak pergi ziarah sedara marakan. Harapnya lepasni minyak maintain macam tu jela. Ape lagi jom kita isi tank penuh-penuh dan rancanglah destinasi korang. Manfaatkanlah tengah harga minyak murah.

Wednesday, 21 June 2017

Tuesday, 20 June 2017

Cairkan Coklat Masakan Dengan Betul

Tuesday, June 20, 2017 11 Comments

Ha selalunya korang buat yang mana satu? No 1,2,3? Tak semua orang tahu cara yang betul untuk cairkan coklat masakan ni. Ni kinah kongsikan cara yang betul untuk cairkan coklat masakan. 

Cara yang betul mestilah menggunakan air yang mendidih dan api telah ditutup. Itu cara yang betul. Ha dah tau kan cara yang betul, pasni boleh guna cara ni saja tau.

Total Pageviews