Thursday, 15 November 2012

Kerja Oh Kerja

Thursday, November 15, 2012 2 Comments

Assalamualaikum, topik hari ni ialah kerja.  Sapa yang x mau kerja cuba habaq mai. Kerja merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Cuba bayangkan kalau kita x berkerja macam mana kita nak isi perut kita, x kan nak mak ayah bagi duit lagi kot. Malula kita dah besar boleh dah hidup berdikari. Bermacam-macam jenis kerja yang dah mohon tapi masih belum ada rezeki lagi. Sabor je la kata orang Perak hmm. Kerja apa pun x kisah sekarang ni yang penting boleh bayar hutang yang akan sampai suratnya x lama lagi. Nak tau hutang ape? Hutang PTPTN la apa lagi.  Kalo My Ayah tauke ladang lama dah bayar xpun x apply pun pinjaman tu huhuh.. Apa yang boleh buat sekarang ialah berusaha untuk mencari dan terus mencari pas tu berdoa dan tawakkal je la. Hope sangat antara banyak-banyak kerja yang dimohon lekatla satu. Kawan di luar sana tu doakan Kinah ye.  




Tuesday, 13 November 2012

Wordless

Tuesday, November 13, 2012 0 Comments


Kalaulah mood macam si rabbit ni kan best. Gembira aje.  Hmm sabarlah duhai hati. 


Sunday, 11 November 2012

SEGMEN :- NAK DOODLE MUSLIMAH ?

Sunday, November 11, 2012 2 Comments
Assalamualaikum hari terlebih rajin lak.. Semalam join segmen cari follower. Harini nak join segmen doodle muslimah lak hehehe..  Ok la x mau bebel panjang-panjang.. 

Syarat-syaratnya

  • Wajib follow tuan blog kiter Nizam namanya
  • Wajib like page Nizam -- sini --
  • Lepastu buat entry yang berkaitan dengan segmen ni
  • Letak banner dan lin kan
  • Dalam post tu kena anda benda ni
           Nama pendek (nickname la tue) : Kinako
           Wana tudung : Pink 
          Wana pensel (bagi dua warna) : BC0F99, BC0F88

  • Tag kepada 2 bloggers and make sure diorang tau pasai ni
                              Iyjihah
                              Misreen Munirah

  • Hantar link ke ruangan komen
Apa lagi jom ramai-ramai kiter join segmen ni... 

Seronok Punyer Pasal

Sunday, November 11, 2012 2 Comments


Assalamualaikum, haha ini idea baik punya. Sesiapa yang nak online pas ni x payah dah nak angkut laptop korang yang berjenama tu. Tengok gambar kat atas tu siap bawa desktop lagi kat Mc Donald tu..  Heheh ni bukan meringankan beban tapi memberatkan beban yag nak dipikul hehehe. Nasib la gambar ni bukan kat negara kita. Kalau kat negara kita haru la jawabnya hahahaha.

p/s x tau nak tulis ape hari ni.. 


Saturday, 10 November 2012

Anugerah Skrin 2012

Saturday, November 10, 2012 6 Comments


Assalamualaikum semua.  Harap pada hari ini lebih baik daripada semalam.  Malam semalam siapa ada tengok majlis Anugerah Skrin ke 14 yang bertemakan fairytale tu?  Pada permulaan tengok promo di Wanita Hari Ini nampak macam menarik je. Tapi apabila tiba pada harinya, majlis yang gilang gemilang itu tak seindah seperti yang digambarkan.  Mana taknya majlis tu agak bosan kerana bercerita di tambah pula lawak daripada Rosyam Nor telah menimbulkan kontroversi. Kalo boleh biarla straight to the point. Bila bukak FB td semua meluahkan perasaan majlis malam tadi agak membosankan.  Idea dah ada tapi flow agak meleret, bagi saya biarla majlis tu simple yang penting semua orang terhibur. Saya faham bukan mudah untuk melaksanakan program terutama program yang gilang gemilang macam tu tetapi kena jugak lihat majoriti penonton adalah golongan yang macam mana dan tema tu tak sesuai sungguh.  Rasanya tu aje la nak di bebelkan buat masa ni. Adakah kawan-kawan diluar sana sependapat dengan saya?????





Wednesday, 7 November 2012

Kembaliiiiiii!!!!!!!

Wednesday, November 07, 2012 0 Comments

Assalamualaikum, akhirnya muncul kembali setelah tidak mengupdate ini blog untuk sekian lamanya hahaha..  
Bukan apa kiter ni sibuk dengan praktikum aritu, so nak update blog tu kena pikir dua tiga kali gak le coz penat dengan kerja.. Sekarang ni saya sudah bebas dengan title "Student". Report praktikum pun dah submit, sekarang ni tunggu result penuh pastu leh mohon transkrip sementara dengan surat tamat belajar hihi..   Plan sekarang ni apply semua kerja x kisahla kerja apa pun cashier pun apply.. Apa yang penting kita jangan memilih.. Mula daripada bawah pastu baru fikir yang seterusnya.. Adiooosssss!!!!!

p/s: nanti kiter update picture waktu kiter praktikal (itupun kalo internet x mengada2 ye)

Friday, 15 June 2012

Hasil Kajian MARDI

Friday, June 15, 2012 6 Comments

Assalamualaikum, harini kiter nak tengok sejauhmana tajam mata korang pasai gambar ni..  Dalam gambar ni apa yang korang nampak hehhe??

Kasi komen sikit muhahahahah

Thursday, 14 June 2012

Wednesday, 13 June 2012

Penantian ku Berakhir

Wednesday, June 13, 2012 6 Comments
Assalamualaikum, apa khabor semua?? Hahaha harini ada berita gembira buat kiter... Ce teka ce teka.. Apa x tau? Ok lah kiter btau ye.. Setelah berbulan-bulan kiter menunggu tempat untuk praktikal akhirnya Alhamdulillah penantian kiter dah berakhir.. Amanah Iktiar Malaysia cawangan Ipoh huhu.. Tu tempat praktikal kiter... Waa neves la.. Xpe2 Kinah ko kena kuat...

Ni la portal kiter bukak petang td betapa gembiranya hati ulalalalalla~~~

 x nampak? sila klik untuk tgok yg lebih clear!!

Tuesday, 12 June 2012

Tamat Sudah!!!!

Tuesday, June 12, 2012 4 Comments
Assalamualaikum, hari ini tepat pada pukul 11.30 pagi tadi berakhirnya peperiksaan akhir kertas integriti dalam urustadbir negara. Fuhhh!! Lega rasanya tau dan pada hari ini juga tamatlah sudah kiter sebagai pelajar semester akhir.  Betui ka ni??? Betui la Cik KinAH ooiii  hang dah habis dah. Hehehe.. Ok Pasni bersiap sedia untuk packing barang sebab kiter nak balik dah ke kampung halaman tercinta. Nak tau kat mana?? Kat Ipoh la... Ipoh Ipoh Mali hihi..  Dalam keghairahan untuk pulang ke kampung, timbul perasaan sedihla.. Yela ceq dah duk kat bumi Sintok ni dah hampir tiga tahun.. Banyak pengalaman dan dugaan yang dah kiter tempuh selama duk kat sini.. Lepasni nak pisah dah dengan kawan-kawan.. Sedihla..  Tapi xpa bulan 11 nanti ceq mai Kedah balik na.. Jangan sedih-sedihla ye.. Takkan lari gunung dikejar huhu... Apa yang aku ngarut ni.. Oklah sampai sini saja la celoteh kiter hari ni. As salam.....