Saturday, 24 September 2016

Khasiat Air Lemuju

Assalamualaikum semua. Pernah dengar air lemuju? Kinah tau air lemuju ni daripada suami dan ibu mertua. Pada mulanya ragu-ragu juga nak minum. Takut ada apa-apa berlaku. Bila dah minum hmm ok je. Air lemuju ni boleh dianggap sebagai air tonik untuk badan ianya bagus bagi perut kembung, sembelit, pedih hulu hati, sakit-sakit sendi dan sebagainya. Air lemuju ni nak minum kena ada sukatannya. Lebih kurang macam makan ubat juga. Jangan main teguk je kononnya nak cepat buang angin kang penyakit lain jadinya. Kat rumah memang ada sebotol , bila mula rasa sakit-sakit badan baru amalkan. 

Macamnilah rupanya botol air lemuju tu. Macam botol kicap je. Diingatkan jauhkan daripada kanak-kanak. Bukan apa takut jadi apa-apa susah pulak. Selain itu wanita mengandung juga janganlah minum bimbang akan membahayakan kandungan.

Tak tahu mana nak dapatkannya. Biasanya kedai India ada jual harganya tak lebih daripada RM5.00. Kinah baru je minum tadi sebab rasa lenguh-lenguh dikaki kesan jatuh aritu. Alhamdulillah lega. Air lemuju kami pun dah habis nampaknya kena beli cepat.



5 comments: