Sabun Top Pilihan Hati

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak bercerita mengenai sabun pencuci pula. Setelah berbagai jenama kinah cuba sabun top berwarna pink la yang paling terbaik kinah pernah guna. Korang pula pakai sabun apa? Baunya yang fresh setelah pakaian dicuci membuatkan kinah tak pandang dah jenama lain. Baunya kekal walaupun dah kering. Bila dah kering cuba gosokkan sikit baju tu mesti bau dia waaaa macam feeling dekat taman bunga tak payah dah nak tambah pelembut dah. Selain menanggalkan kotoran yang degil sabun top juga dapat menanggalkan debu hama yang melekat di fabrik kita. Debu hama ni la yang membuatkan kita selsema, alahan, gatal dan sebagainya. Kalau nak jemur baju dalam rumah pun tak risau dah bau hapak memang langsung tak ada. Sabun top ni kinah pakai satu satu dua sudu ke pun dah cukup dah. Sabun top memang berbaloi. Tak percaya cuba la korang pasti kagum. 

Gambar ni kinah pinjam dari Google. 


Post a Comment

2 Comments

  1. wah..sep sikit..akak pun pakai ni jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea sep jugak. Best kan kak pakai top ni. Tak cari lain dah

      Delete