Harga Minyak Masak dan Petrol Naik.

Masing-masing keluh kesah apabila diumumkan harga minyak dan petrol akan naik. Kedua-dua barang ini merupakan bahan asas utama bagi setiap rakyat Malaysia. Apa sudah jadi ni, haritu umum harga minyak masak kekal RM2.50 sekilo. Ni alih-alih naik pulak. Patutlah banyak kedai stok minyak takde aritu.


Walaupun naik RM0.15 akan mempengaruhi semua harga barang.

Tengoklah betapa banyak perbezaan dengan harga dulu dan sekarang. 


Kos sara hidup semakin tinggi dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil ni menyebabkan ada sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak masak dan petrol. Mereka akan menaikkan harga barang dengan alasan minyak naik. Siapa yang teruk kena? Rakyatla siapa lagi. Cuba bayangkan harga barang semakin naik belum lagi dengan kadar GST yang dikenakan memang betul-betul membebankan pengguna. Jadi tak hairanlah jika banyak berlaku kes jenayah seperti samun, rompakan, dan ragut. Semua ni terjadi atas desakan hidup. 

Tak tau la apa yang akan naik lagi lepasni. Semoga harga ni tak kekal lama. Nampaknya acara goreng menggoreng akan ditukar menjadi acara merebus. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Bila tengok harga yang naik terasa tekanan makin memberat namun..
    Pada Allah je tempat mengadu..
    Usaha je selagi mampu.. Suara kita bukan didengari pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Terasa berat sangat. Harapnya perkara ni tak lama

      Delete
  2. Moga leoas ni xda lagi apa2 yang naik...

    ReplyDelete
  3. adoiii..minyak masak tu naiknya berganda2.. habisla macam ni taraf hidup makin meningkat..gaji tak naik2..pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula pasal. Barang pasti akan naik. Gaji je ditakuk lama. Kalau gaji naik pun sama gak barang tetap naik lagi

      Delete