Harith Iskander Manusia Paling Lucu di Dunia


Pelawak, Harith Iskander telah dinobatkan sebagai manusia paling lucu di dunia pada Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia, di Levi, Finland. Harith Iskander telah menewaskan empat finalis lain iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino Van Nasaau daripada India dan David Klimnick dari Israel.

Pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia merupakan anjuran Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian komedi sedunia yang berpusat di Amerika Syarikat. Pemenang dipilih berdasarkan undian dalam talian yang dibuka 24 jam selepas pertandingan itu berakhir.


Post a Comment

0 Comments