Bahayanya Jeli Kristal

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak tertelan jeli kristal. Bukan jeli kristal agar-agar tu ni jeli kristal bila dimasukkan ke dalam air dia mengembang. Selalunya kita letak dalam vase untuk hiasan. Nak buat hiasan ke nak buat decoration macam mana sekalipun pastikan benda atau bahan yang digunakan tidak berbahaya. Bukannya apa budak kecik apa diorang tau. Kutip-kutip terus ngap masuk dalam mulut. Kita pulak tak perasan. Allah. Semoga apa yang terjadi tu dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita semua. Rasanya dah lama tak ada jeli kristal ni sekarang ni dijual balik. Harap pihak yang bertanggungjawab menghentikan pengeluaran benda ni.

Cantik memang cantik tapi bila ada budak kecik kat rumah mimpi je la nak ada benda ni.

Post a Comment

1 Comments

  1. Anak buah mai pernah tikam tau, buka2 telur tu dapat sepaket kristal ball ni (beratus biji maybe dalam paket tu), fuh geram betul,mai ambil terus buang. bagilah mainan elok sikit.

    ReplyDelete