Thursday, 30 March 2017

Kerana Ayam Goreng Mcdonalds

Thursday, March 30, 2017 11 Comments
Terpengaruh dengan iklan akhirnya malam tadi dapat juga merasa ayam goreng Mcdonalds. Kitorang cuma drive thru je malas nak beratur ramai-ramai dalam restoran tu. Menggelikan hati kitorang, bukan kitorang je yang terpengaruh dengan iklan rupanya ramai lagi. Drive thru tu ada je kereta berbaris sampaikan orang yang ambil order pun dah hilang mesra. Haha hebat tak hebat penangan ayam goreng ni.


Kita boleh pilih nak berapa ketul ada yang tiga ketul, lima ketul dan sembilan ketul. Harganya pun boleh tahan juga la. Kitorang ambil lima ketul itu pun dah RM29.++ lupa la pula tapi lebih kurang macam tu la. Korang jangan ingat order ayam Mcd ni macam order KFC pula. Kalau KFC  tu dengan harga tu kita dapat coleslaw dan kentang putar siap dapat ayor lagi orang perak kata. Tapi Mcd tak. Ayam je semata-mata. Kiranya ala carte. Jika ditanya sedap ke ayam goreng Mcd tu? Memang sedap. Pedas die wowwwwww haha. Asalnya kitorang mintak original je entah macam mana dapat pulak yang spicy. Biarlah diorang pun sibuk sangat. Thahirah mula-mula tak nak last sekali dia pun join makan sama. Seriusly kalau korang pergi mesti beratur orang mintak ayam goreng ni. 


Wednesday, 29 March 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

Wednesday, March 29, 2017 13 Comments


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Wednesday, March 29, 2017 6 Comments
Sebut je Lazada semua orang tahu. Baru-baru ni Lazada mengadakan Lazada Birthday Sale sempena anniversarry ke lima. Harganya semuanya tak masuk akal banyak pilihan pulak tu. Murah hati Lazada buat contest lagi untuk blogger. Kinah pun nak mencuba nasib lagi la. Lazada Birthday Blogger Contest aritu mungkin bukan rezeki kinah mana la tau mungkin rezeki anak kinah pulak.

Jomlah ramai-ramai join Lazada's Big Baby Fair pula. Contest ni berlangsung dari 27 Mac 2017 sehingga 2 April 2017 ni dimana ibu-ibu akan mendapat diskaun istimewa sebanyak 85%. Hadiahnya pula 6 blogger bertuah akan menerima baucer sebanyak RM500.00 setiap orang. Eh banyak tu.





Oklah nak join contest ni kena jawab soalan tau. Ala macam kita jawab masa contest Lazada Birthday aritu tapi kali ni berkisar pasai bayi. 

Jenama Diapers menjadi kegemaran




Sejak Marzaqah Thahirah lahir lagi berbagai jenama kami guna untuk dia. Daripada Whopee, Pet Pet, Drypers semua. Dalam banyak-banyak jenama tu Drypers adalah terbaik. Masa tu kami guna Drypers Wee Wee Dry. Tapi sejak Drypers buat perubahan macam dah tak sesuai dengan dia. Bontot pun naik rashes. So nak tak nak kami terpaksa cari lain. Sejak adik ipar perkenalkan Tesco Loves Baby masalah kami dah selesai. Murah pun murah. Apa yang penting dah tak bocor dan pelekatnya pula memang terbaik. Tak mudah tercabut sesuailah dengan Marzaqah Thahirah yang semakin aktif tu.

Susu Formula menjadi Pilihan




Susu formula menjadi pilihan ialah Dutch Lady. Selain daripada murah Thahirah pun serasi dengan susu ni. Tambah pula ada tiga jenis flavour Biasa, Madu dan Coklat. Kalau guna susu mahal sekalipun kalau dah sembelit dan tak sesuai tak guna juga. Jadi susu Dutch Lady menjadi pilihan untuk Thahirah. Diingatkan hanya susu ibu sahaja yang terbaik tau.

Produk daripada Lazada yang diingini

Bila soalan salah satu produk daripada Lazada yang kita nak mulalah sesi penjelajahan. Nak pilih ape ye.  Sebenarnya bila bukak je web Lazada mulalah rambang mata. Dahlah banyak pilihan dan jenama-jenama terkenal pada masa ni la kita nak buat survey mana satu yang menjadi pilihan hati. Lepas puas belek site Lazada ni produk yang kinah pilih ialah jeng jeng jeng

V
V
V
V
V
V
V
V
V

   Tommie Tippie Closer To Nature Electric Breast Pump and Bottle Bundle Set. 

Ha senang satu set terus. Tak payah beli asing-asing. Harganya ok not bad nak dibandingkan dengan jenama lain. Mesti korang fikir kinah ni pregnant lagi ke? Eh takla ni untuk future baby. Kan dalam syarat ada dinyatakan or future baby. So kiranya nilah wishlist kinah daripada Lazada. Nanti ada new baby kan senang dah ada ni semua tinggal nak guna je. 

Eh tunggu apa lagi jomlah join tarikh tutup bukannya lama lagi. Siapa nak join baca syarat kat bawah ni dulu tau

1. The contest runs from 27 March until 2 April 2017 (11.59pm). 

2. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 

3. The Article must contain screenshots for the product mentioned in point 2c. 

4. Blog posts must be titled "Lazada Malaysia Big Baby Fair". 

5. Blogger need to mention Lazada's Big Baby Fair (http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/) that will take place from March 27 to 2 April (where you can find special discounts up to 85%!). 

6. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Big Baby Fair Blogger Contest 

7. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

8. You do not have to be a mommy blogger to join. Any blogger is allowed to participate in this contest. 

9. Winners will be selected at random.


Wish me luck guys. ☺


Bulan Rejab Dah Sampai

Wednesday, March 29, 2017 6 Comments

Pejam celik dah bulan Rejab. Lagi 59 hari lagi bulan Ramadhan. Cepat je masa berlalu. Semoga kita semua sempat menempuhi bulan Ramadhan nanti hendaknya. Jomlah kita puasa Rejab. Mana yang belum ganti puasa tu lekas le ganti. Puasa tak lama dah

Wan Peah Episod Akhir Malam Ni

Wednesday, March 29, 2017 2 Comments
Malam ni malam terakhir Misteri Wan Peah weh. Lepasni takde dah Wan Peah. Aishh sejak tak sihat ni selalu benor tido awal. Tak sempat nak tengok abis. Kan dah kata mesti ada rahsia kenapa Wan Peah jadi gitu. 

Kesian Wan Peah disebabkan cemburu Mak Timah tu terpaksa dia keluar rumah senyap-senyap.

Tok Hashim pulak asyik berbungkus je. 

Apakah kesudahan Misteri Wan Peah kita saksikan pada malam ni. Harap mata ni bertahanlah.

Saturday, 25 March 2017

Tips Bercuti Bersama Traveloka

Saturday, March 25, 2017 1 Comments

Bercuti adalah aktiviti yang menyeronokkan kerana dapat berehat setelah bertungkus lumus memenuhi tuntutan kerja. Namun begitu, kita mesti ingat walaupun melancong tu seronok tapi jika tiada perancangan yang rapi segala percutian akan menjadi suram. Pelbagai aspek perlu dititikberatkan jika kita merancang untuk bercuti antaranya ialah bajet yang kita perlukan sebelum, semasa dan selepas bercuti. Jika kita gagal menguruskan kewangan alamatnya makan maggi jawabnya sementara nak tunggu gaji yang akan datang.

Oleh itu, kinah nak kongsikan beberapa tips untuk kita semua dalam merancang untuk melancong tak kira la anda melancong di dalam mahupun di luar negara. Tips pertama yang sangat penting ialah menabung. Apabila mula merancang untuk bercuti semestinya perlu membuat tabungan seawal mungkin dengan mengasingkan perbelanjaan harian dan duit untuk bercuti dalam satu tabung khas. Disiplin dan terus fokuskan dengan perancangan anda.



Tips yang kedua ialah sentiasa melihat promosi-promosi yang diberikan oleh agen pelancongan. Buat survey terlebih dahulu di mana tempat-tempat yang menarik supaya perancangan percutian anda diisi dengan aktiviti yang berfaedah.


Tips yang ketiga ialah membuat perancangan yang rapi dan teliti dan tentukan tempat, negara dan kota yang ingin anda kunjungi dan sesuai sepanjang tempoh percutian anda. Buatlah pendaftaran dan tempahan bagi tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, masa dan perbelanjaan cuba rancang untuk mengunjungi destinasi menarik yang berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan yang rapi itu tadi, anda dapat mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang yang akan dikenakan.


Tips seterusnya ialah dengan menyediakan dana untuk kecemasan. Hal ini adalah sangat penting jika berlakunya  perkara yang tidak disangka disamping dapat membantu anda menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah berbelanja lebih daripada bajet anggaran yang telah dibuat.


Tips seterusnya jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju ada menyediakan kelengkapan dan makanan bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini ke dalam bajet perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa sendiri kelengkapa semasa bercuti pastikan anda membawanya dengan secukupnya dan harus persiapkan fizikal dan mental anda untuk mengeluarkan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi anda yang banyak.


Tips keenam ialah  pengangkutan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tempat dan lokasi yang ingin dituju supaya anda mudah bergerak serta dapat merancang aktiviti  di tempat yang akan dilawati nanti. Pilih pengangkutan yang menyediakan harga yang murah dan memilih pemandu pelancong yang arif dengan selok-belok akan kawasan yang akan anda lawati.


Tips yang ketujuh ialah membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Industri pelancongan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Buat tempahan di saat akhir kebiasaannya agak mahal terutama ketika musim cuti sekolah. Jadi buatlah tempahan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya kesesakan nanti.

Rasanya Traveloka adalah platform terbaik untuk anda yang ingin merancang percutian anda nanti. Pernah dengar tentang Traveloka? Mesti pernahkan. Mungkin ada juga yang pernah dengar tapi  masih tak jelas. Takpe kinah explain serba sedikit tentang Traveloka ni. Traveloka merupakan one-stop platform untuk tempahan hotel dan penerbangan bagi destinasi domestik dan juga antarabangsa. Untuk pengetahuan semua pada bulan Mac ni Traveloka tengah mengadakan Traveloka Sale-Abration! dengan menawarkan diskaun yang menarik untuk hotel dan penerbangan. Menarik bukan.


Berminat dengan promosi ni sila klik banner di atas.

Ha macam mana? Bestkan tunggu apa lagi booking sekarang di website Traveloka atau menggunakan applikasi percuma sebelum promosi ini tamat. Apa yang penting dengan Traveloka harga yang dipaparkan adalah harga akhir tanpa caj tersembunyi. Apa yang dilihat itulah yang anda dapat.

1. Flight Deals

Bandingkan semua tawaran penerbangan daripada pelbagai syarikat penerbangan dan buat tempahan untuk merealisasikan destinasi impian anda sama ada di dalam mahupun di luar negara. Harga penerbangan serendah RM40.00 bagi destinasi domestik dan serendah RM100.00 ke destinasi antarabangsa. 




Manakala penerbangan ke Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan banyak lagi tempat menarik adalah serendah RM39.00. Eh betul ke ni? Betullah. 

2. Hotel Deals

Lebih 100 buah hotel ditawarkan bagi memastikan urusan anda berjalan dengan lancar untuk destinasi ke seluruh Asia Tenggara bagi memastikan anda mendapat penginapan yang terbaik untuk ke destinasi setererusnya.




Eh ada promosi sehingga 79% biar betul ni. Eh memang betul. Untuk mendapatkan lebih penjimatan lagi anda boleh menggunakkan kod kupon GOHOTELS sah sehingga 26 Mac 2017

Hotel-hotel yang menjadi rakan kongsi telah dipilih dengan teliti bagi memenuhi pelbagai jenis tujuan perjalanan sama ada membeli belah, lawatan dan sebagainya supaya anda mempunyai penginapan yang terbaik untuk percutian anda.

Tunggu apa lagi tempah segera di SINI sebelum 31 Mac ni dan selamat bercuti

Thursday, 23 March 2017

Cuci Mata di Tudung2U.com

Thursday, March 23, 2017 2 Comments
Tudung bawal Pucci sekarang ni dah menjadi trend. Tak kirala yang muda mahupun yang dah berusia. Bawal Pucci ni menjadi pilihan sebab mudah dibentuk sebab tu menjadi pilihan semua golongan. Boleh dipakai pada bila-bila masa je.

Haa kali ni kinah nak perkenalkan satu laman web yang menjual pelabagai jenis tudung dari yang bawal sehinggalah yang instant. Pilih je nak yang mana. Macam-macam pilihan. Laman web yang kinah nak perkenalkan ni ialah Tudung2U.com serius cakap kalau korang usha web ni pasti rambang mata. Tambah pula raya tak lama dah. Bolehlah nak buat survey mana yang berkenan di hati. Meh kinah belanja sikit koleksi tudung bawal Pucci.


Tudung Bawal Pucci

Selain bawal Pucci ada juga koleksi lain seperti Moon Scarves dengan packaging yang comel.



Apa yang korang tengok ni cuma sebahagian je. Banyak lagi yang cantik-cantik. Pada yang bertudung labuh, Tudung2U.com turut menampilkan dengan koleksi daripada Hijranisa.



Rambang matakan. Kalau nak tengok lebih banyak lagi koleksi daripada jenama-jenama terkenal bolehlaj melayari ke Tudung2U.com



Wednesday, 22 March 2017

KAJIAN ONLINE SURVEY KONSEP MAKANAN DALAM PANTANG SEDIA DI MAKAN

Wednesday, March 22, 2017 3 Comments
Sekarang ni Adabi tengah mengadakan kajian online survey bagi konsep makanan dalam pantang. Kiranya Ready to Eat (RTE). Tengah tak de buat apa-apa jomlah isi kajian tu manalah tahu dapat hadiah daripada Adabi. Pada yang berminat bolehlah jawab kajian tu di SINI

Tempoh untuk menjawab kajian ni sehingga15 April 2017.

Monday, 20 March 2017

Melayan Misteri Wan Peah

Monday, March 20, 2017 1 Comments

Setiap malam Isnin sehingga Rabu Misteri Wan Peah sentiasa menghantui kita. Dari episod pertama lagi kinah melayan. Lawak betul tambah dengan loghat Perak lagila teman suke. Yeh Kumbang, Li Kelubi dan Ghani Gagap membuatkan cerita ni hidup. Siapa yang menonton cerita ni mesti geram dengan Cikgu Zaiton tu. Suke benor bawak mulut mengata Cik Siti. Yela Cik Siti baru je pindah kat Kg Pari Hilir tu lawa pulak tu jadi tergugat la Cikgu Zaiton tu. Mak Timah tu pun satu percaya benor dengan Cikgu Zaiton sampai Pa'an kena mandi ayor bunge.

Wan Peah jadi macam tu mungkin disebabkan tekanan sebab orang kampung tak sukakan dia. Apa sebenarnya rahsia Tok Hashim dan Mak Timah ye. Sebenarnya apa yang berlaku dengan  Tok Hashim dan Wan Peah tu. Nak tutup rahsia besar sampai kata Wan Peah tu hantu. Tak sabar pulak nak tunggu next episod malam ni. Moh kome dah nak start dah.


Sunday, 19 March 2017

Bila Sakit Tekak Menjengah

Sunday, March 19, 2017 2 Comments
Bila cuaca tak menentu kejap panas kejap hujan mulalah kesihatan terganggu. Tiba-tiba je tekak ni rasa perit nak menelan cukupla punya payah.  Ditambah pula dengan rasa nak demam. Kiranya satu pakej la ni.
Bila jadi macam ni mula petua-petua lama keluar seperti minum air asam jawa. Feww masam tu dengam leceh lahi nak asingkan asam jawa tu daripada biji. Itu bukan jadi alasan lagi seban sekarang ni dah ada yang instant punya tanpa biji. Beli je kat pasar raya bancuh dengan air suam. Kemudiam minum. Itu cara orang lama.

Sumber: Google

Pernah dengar tak bila kita sakit tekak ke batuk opah-opah kita suruh makan aiskrim. Petua yang ni tak pernah cuba lagi sebab dah ais takut makin teruk. Sejauh mana kebenarannya? Tak pastilah. Sapa pernah cuba? Cuba kongsi sikit.

Sedapnya aiskrim. Lama pantang makan ni

Ha yang ni memang selalu sangat orang amalkan. Sebabnya mudah tak payah nak perah sana sini. Bukak je paket terus ngap.





Saturday, 18 March 2017

Kinokuniya~ Sad Girls by Lang Leav

Saturday, March 18, 2017 1 Comments

Kepada ulat buku tegar diluar sana ada buku yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sekarang ni pihak Kinokuniya tengah buat pre-order untuk buku tersebut. 

Ringkasan Sad Girls  by Lang Leav

Sad Girls is the much anticipated debut novel from international best-selling author Lang Leav. A beautifully written and emotionally charged coming of age story, where young love, dark secrets, and tragedy collide.
School is almost out for Audrey, but the panic attacks are just beginning. Because Audrey told a lie and now her classmate, Ana, is dead. Just as her world begins to spin out of control, Audrey meets the enigmatic Rad – the boy who could turn it all around. But will their ill-timed romance drive her closer to the edge?

Pembelian boleh juga dibuat melalui online. Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari Kinokuniya Malaysia

CPUV~Pharmaton-KOL Engagement

Saturday, March 18, 2017 2 Comments
Walaupun jarang update entri alhamdulillah ada juga iklan baru muncul dari nuffnang. Terima kasih nuffnang. 


Iklan kali ni daripada Pharmaton. Maafla lambat update sebab tak perlulah kot nak dikobarkan.  Moga iklan pharmaton dan iklan lain yang tengah on going tu berjoget lama sikit.

Thursday, 16 March 2017

Mesin Basuh Butang Kari

Thursday, March 16, 2017 7 Comments
Panasonic baru sahaja melancarkan mesin basuh dengan button KARI. Jangan cari kat Malaysia ni sebab mesin ni tak ada lagi kat Malaysia. Mesin ni direka khusus untuk orang di New Delhi sebab diorang suka makan kari. Nampaknya Malaysia pun kena ada juga mesin ni sebab orang Malaysia suka juga makan kari dekat kedai mamak.


Monday, 13 March 2017

Sambal Tumis Telur Rebus In The House

Monday, March 13, 2017 3 Comments
Dah lama kinah tak share resepikan. Hari ni terlebih rajin nak share di blog ni. Disebabkan telur banyak kat rumah hari ni, kinah masak sambal tumis telur rebus. Simple-simple je.

Nah kinah belanja gambar dulu.


Bahannya simple aje. 


Bahan bahan:
5 biji telur rebus - dikupas dan digoreng
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Bawang dan cili dikisar sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga cili betul-betul masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, barulah masukkan sedikit air, garam secukup rasa dan asam keping.

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Kemudian bolehlah masukkan telur dan dikacau sehingga telur dan sambal itu tadi sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Suka Sangat Cari Salah Orang Lain

Monday, March 13, 2017 3 Comments

Biarlah gambar je berbicara. Bila dah sibuk cari salah orang tapi diri sendiri pun tak betul. Janganlah selesa sangat wei. Ingat kau orang lama kau tu betul sangat la. Dunia ni umpama roda kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah. Sekarang ni kau selesa sebab ada kat atas tunggu masa je nak duduk bawah. Jangan gah sangat nak ugut itu ini macam negara takda undang-undang.

Nak Kumpul Fridge Megnetla

Monday, March 13, 2017 2 Comments
Haish tetiba pulak teringin nak kumpul fridge magnet macam ni. Setakat ni yang kinah ada satu je. Hahaha itupun beli masa dekat Melaka. 

Sumber: Google

Tengok gambar tu banyak betul fridge magnet dia. Kinah pun nak kumpul banyak-banyak fridge magent baru nampak ceria peti besi kinah tu. 

Oh ye sekarang ni kak Mia Liana ada buat giveaway fridge magnet dari Padang Besar tau. Jom siapa yang nak mengumpul fridge magnet tu moh le kita join. Mana tau ada rezeki kat situ. Siapa nak join klik SINI

Mat Dan Kaki Jalan Dah Kahwin

Monday, March 13, 2017 7 Comments
Siapa yang tak kenal lelaki Mat Salleh yang boleh bercakap Melayu, Mat Dan atau Muhamed Karef Daniel Abdullah yang kini menjadi pengacara bagi program Mat Dan Kaki Jalan telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihan yang berasal dari Terengganu.

Majlis yang diadakan kira-kira pada pukul 5.30 petang di Bukit Chendering hanya disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat tanpa sebarang liputan daripada pihak media. Tahniah kepada Mat Dan dan isterinya.

Lazada Birthday Blogger Contest

Monday, March 13, 2017 3 Comments

Klik banner ni kalau nak join


Wanita dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Bagi mereka shopping ni adalah satu terapi bagi mereka. Siapa setuju dengan pendapat ni? Sekarang ni dah semakin mudah dan maju seiring dengan perkembangan teknologi.  Semuanya di hujung jari je. Tunjuk je dan bayar kemudian tunggu barang sampai kat rumah. Tak macam dulu terpaksa beratur panjang di kaunter, bersesak di jalan raya dan paling penting tak payah dah nak bayar tiket parking. Apabila wujudnya perniagaan atas talian seperti ni sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada semua tak kira jantina, bangsa dan agama.

Panjang sungguh mukadimah kali ni. Ok lah entri kali ni kinah nak join contest yang sedang berlangsung khusus untuk para blogger di luar sana iaitu 'Lazada Birthday Blogger Contest'. Contest ni dijalankan sempena anniversarry Lazada yang ke-5. Happy Birthday Lazada. Moh le join ramai-ramai manalah tau mungkin rezeki untuk menang. Tak salah mencuba. Kalau nak menang kena jawab soalan dulu.

APA YANG ANDA SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA

Kenapa kinah suka dengan Lazada Malaysia salah satu sebabnya ialah sangat mudah untuk suri rumah macam kinah. Tambah pula ada anak kecik yang semakin meningkat besar. Biasalah budak-budak kalau bawak pergi shopping mall mana boleh lama-lama nanti mulalah meragam. Jadi dengan adanya Lazada Malaysia kerja kinah semakin mudah. Boleh belek lama-lama sikit dan buat perbandingan. Tambahan pula Lazada ada banyak pilihan dan jenama pun yang biasa kita guna. Haa kan mudah tu.

Satu lagi yang best tentang Lazada ni Lazada selalu menawarkan harga yang kadang kala tak masuk akal maknanya lebih murah berbanding di pasaran luar. Jika ada yang subcribe email dengan Lazada, kita akan selalu terima update daripada Lazada.

Cara pembayaran pun mudah. Ada barangan yang boleh dibayar secara cash on delivery atau COD dan ada juga yang bayar melalui bank transfer atau pun kad kredit. Jika barang yang diterima tidak berada dalam keadaan baik kita boleh lapor pada Lazada dan Lazada akan menggantikannya dengan yang baru.


TIGA BARANG PILIHAN DARIPADA LAZADA MALAYSIA



Khind Oven Toaster OT52R ni yang kinah idamkan. Tambahan pula kat rumah ni belum ada lagi oven kiranya ni wishlist kinah untuk tahun ni. Tengok tu siap boleh panggang ayam lagi. Kiranya semua boleh. Sebenarnya banyak lagi pilihan dalam Lazada tapi hati dah berkenan dengan Khind Oven Toaster ni. Tengok harga asal RM358.00 dan harga yang ditawarkan Lazada pula sebanyak RM279.00. Ok la tu harganya not bad. Review daripada pengguna pun semuanya yang baik je. Kiranya trusted brand juga la.

Buat mereka yang tengah mencari perabot rumah boleh survey di Lazada je. Tak payah nak bazirkan minyak kereta nak survey satu kedai ke satu kedai. Ha cuba tengok pilihan kinah nombor dua ni. Cabinet TV (Maple + white). Ada potongan harga tu dari RM289.00 ke RM189.00. Wowwww memang best la Lazada.


Pilihan ketiga ialah daripada Adata - Lazada Malaysia iaitu power bank. Sekarang ni power bank dah menjadi perkara penting dan perlu ada dalam beg di saat kecemasan. Adata - Lazada Malaysia sekarang tengah ada promosi.

BAGAIMANA LAZADA BOLEH MAJU

Selama 5 tahun Lazada bertapak di bumi Malaysia ni telah membuktikan bahawa Lazada Malaysia semakin kukuh walaupun terpaksa bersaing dengan syarikat lain. Syabas kepada Team Lazada yang sentiasa komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Teruskan pencapaian terbaik ini di samping sentiasa membuat penambahbaikan sistem sedia ada kepada mesra pengguna seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

UCAPAN BUAT LAZADA MALAYSIA SEMPENA ULANGTAHUN KE 5

Semoga Lazada terus success membina empayarnya di Malaysia. Siapa yang tak kenal dengan Lazada, perniagaan dalam talian terkenal di abad ini. Tahun depan bolehlah buat contest macam ni lagi hihi.