Saturday, 29 April 2017

Jumpa Sahabat Lama

Hari ni bersiaran di Kulim. Asal pergi bercuti je mesti blog ni terabai. Mana taknya banyak aktiviti kat sini. Salah satu antaranya pergi jumpa kawan lama masa sekolah dulu kat Lunas. Dah sepuluh tahun tak jumpa. Selalu berhubung dengan facebook dan handphone je. 


Ni je gambar yang  sempat kitorang ambil. Lagipun pada masa ni dia tengah sibuk layan tetamu sempena kenduri turun batu arwah ayahnya yang meninggal. Bila dah nak balik sedih pulak rasanya. Tak puas nak berborak macam zaman- zaman sekolah dulu. Kalaulah boleh diputarkan masa semula. Hmmmm

Wednesday, 26 April 2017

Transaksi Tol Tanpa Tunai Bermula Hari Ini


Mulai hari ni transaksi tol tanpa tunai di semua plaza tol telah bermula. Jadi mana yang selalu guna tol bayaran tunai dah kena simpan kad PlusMiles, kad Touch'ngo atau SmartTag dan top up siap-siap. Harapnya dengan pelaksanaan sistem ni dapat mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama musim perayaan. Kita tengok la nanti sejauhmana sistem ni boleh diguna pakai. Sebabnya ada juga yang lupa topup sebab ingat masih ada balance lagi. Pernah jadi masa kitorang nak ke mana tak pasti tapi guna lorong touch n go la. Kereta depan touch kemudian tak lepas sebab baki tak cukup. Terpaksala mengundur. Nasib kereta tak banyak masa tu.

Jadi sama-samalah kita top up kad touchngo kita tu demi kesejahteraan semua hehehe. 


Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss Banu


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama kinah tak join segmen. Biasalah kekangan masa. Kadang-kadang bila nak join tak kira la segmen ke giveaway akan muncul satu masalah. Nak tau apa masalah tu? Hmmm mengeluh sekejap.. Kinah tak tau kenapa la tak boleh nak follow walaupun dah cuci cookies tu semua. Jadi kinah hanya join mana yang kinah dah follow dulu-dulu. Terpaksa jadi selective. Sombongnya kan. Huhu pasrah je la korang nak kata apa. Ok lah tak perlu nak membebel panjang-panjang. Jom ramai-ramai kita support rakan blogger kita simple je syaratya. 

Oh ye, lupa pulak ada orang tu baru je sambut birthday die. Jadi kinah nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Miss Banu kita semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan insan tersayang. 

Ni kek birthday tuk Miss Banu. 

Tuesday, 25 April 2017

Senarai Pemenang Kajian Makanan Dalam Pantang Mac 2017

Alhamdulillah rezeki. Dalam tiga kali juga join kajian daripada ADABI ni. Haritu kinah ada hebahkan dalam blog ni. Kalau masih ingat lagi dalam entri Sini Hari ni nama naik sebagai pemenang. Apakah hadiahnya? Nanti dah dapat nanti kinah share ye.  


Tahniah kepada semua pemenang.

7 Manfaat Petai Untuk Kesihatan


Petai!!!!! Siapa tak kenal dengan petai tak tahula. Selalunya petai ni orang biasa buat ulam ataupun sambal petai. Memang tak pandang kiri kanan dah kalau dah pekena petai ni. Namun begitu, tak semua orang suka makan petai sebab baunya kurang menyenangkan. Tahu tak sebenarnya makan petai ni ada kebaikannya untuk kesihatan kita. Jadi kinah nak kongsikan sedikit 7 manfaat petai untuk kesihatan kita. Sumber ni kinah dapat daripada page Seminit Resepi. 









Banyak manfaatnya tau makan petai ni. Busuk tu letak tepi. Apa yang penting petai ni bagus untuk kesihatan kita. Moh kita borong petai kat pasar.

Monday, 24 April 2017

Cuti Isra' Mi'raj dan Pertabalan Agong Ke -15



Assalamualaikum dan selamat pagi. Huwaa sakan no ampa semua cuti. Bila cuti lama ni, ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing- masing. Ada juga yang pergi bercuti bersama keluarga dan ada juga yang duduk kat rumah je. Duduk kat rumah tu kinah le. Nak buat macam mana tuan drebar kerja. Hari ni kalau diikutkan orang bekerja walaupun Isra' Miraj sebab ada negeri yang tak ambil cuti ni sebagai cuti kelepasan am.

Beberapa minggu lepas telah diiumumkan bahawasanya pada 24 April 2017 adalah cuti umum sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-15. Bila dah diumumkan cuti, semua orang pakat apply cuti la.


Cuti, cuti juga. Jangan lupa tentang peristiwa Isra' Miraj tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi ke Langit ketujuh sehingga ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah Allah SWT untuk melakukuan solat lima waktu dan perjalanan ini berlaku hanya berlaku satu malam saja.


Allahuakbar betapa besar keagunganNya. Semua yang berlaku hanya satu malam sahaja. Jika dilihat mengikut ilustrasi tersebut mana mungkin kita dapat melalui perjalanan seperti ini hanya satu malam sahaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar akan semua perkara yang berlaku.

Saturday, 22 April 2017

Brands Outlet Ampang Point Buat Hal

Betul weh Brands Outlet di Ampang Point buat hal. Mana taknya diorang tengah buat clearing stock. Harganya dari RM10.00 hingga RM20.00. Haaaa macam tak percayakan. Mana nak dapat harga macam tu kat tempat lain. Kitorang pun pilih punya pilih dapat la satu seluar jeans berharga RM20.00 dan blouse RM20.00. 
Haa nampak tu kain baju berlonggok tu. Semua berlonggok ni RM10.00

Bergantung ni kebanyakkannya RM20.00 

Haish nampaknya nanti nak pergi lagi. Itupun kalau ada lagi la. Sebab masa pergi tu ramai orang memborong. Banyak saiz yang kita nak orang dah rembat dulu hehe.

Tuesday, 18 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my


Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Larangan Penggunaan Beg Plastik Di Negeri Perak


Lepas Selangor, Perak pula melaksanakan kempen larangan penggunaan plastik mulai 1 Jun 2017. Jadi diminta pada semua orang Perak kalau nak membeli di pasar raya jangan lupa bawa beg masing-masing. Jika di Selangor kempen ni macam tak berjaya sebab masih ada lagi orang yang menggunakan beg plastik. Mana taknya setiap kali kat kaunter bayaran cashier siap offer nak plastik tak? Huhu. Kalau nak kena charge RM0.20. Kat Perak ni tak tau pulak konsep macam mana. 

Monday, 17 April 2017

Sampai Juga Akhirnya

Apa yang  sampai? Haaa dapat juga surat daripada Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Haritu cash out hujung bulan Februari dan cek baru sampai tadi. Walaupun tak banyak mana ehh lepas juga nak beli susu dan pampers anak. Korabg boleh agak dapat berapa je kan. Ni cek yang kedua selepas cash out tahun 2014 heehe. Lama betul simpan mana tak nya kejap tenggelam kejap timbul. 


Lepas tekan cash out aritu adala sikit pendapatannya. Bila nak cash out lagi entah la sebab tak dapat lagi cpuv baru. CPUV yang lama pun dah kredit. Walau apapun terima kasih Nuffnang.

Review ~ Novel Alamak Tersuka La Pulak!


Jom kita bercerita sikit mengenai biodata penulis novel ni. Nama beliau Nurfatin binti Khalid dan menetap di Pulau Pinang. Kalau nak tahu sebenarnya dalam novel ni penulis ada bagi hint berkenaan dengan manuskrip yang akan beliau tulis selepas ini. Jom kita story sikit mengenai novel ni.

Alamak Tersuka La Pulak! ni menceritakan mengenai seorang gadis bernama Khadeeja Safiya iaitu seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya iaitu bekas kakak iparnya telah menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan Khadeeja menggunakan Izham Iskandar iaitu kekasih Suraya  bagi menjayakan misinya itu.

Perwatakan Khadeeja yang unik dan agresif menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham. Pelbagai rancangan telah dirancang bagi menjayakan misinya itu. Apabila rancangannya berjaya dan abangnya juga sudah menemui bahagia bersama Cikgu Amni iaitu guru kepada anaknya, Sofia. Izham pula dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah mula bersarang dalam hati. Kehilangan Izham menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya dan menyesal dengan tindakannya itu.

Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah bertunang dengan Husna. Buat kali terakhir Khadeeja tetap berusaha untuk mendapatkan kembali cintanya. Adakah masih ada rasa cinta di hati Izham? Kenala baca novel ni baru tahu endingnya.


Sunday, 16 April 2017

Khasiat Ketumbar yang Kita Tak Tahu


Ketumbar adalah herba yang banyak digunakan dalam masakan tak kiralah sama ada dalam bentuk daun ataupun biji. Nama saintifik bagi ketumbar ialah Coriandrum Sativum L. Haa siapa yang tak tahu tu sila take noted ye. Herba ini seakan sama dengan daun parsli cuma yang membezakan keduanya ialah bau.


Sebenarnya daun ketumbar boleh dimakan begitu sahaja. Bijinya pula biasanya digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia dan Mediterranean. Biji ketumbar apabila dihancurkan akan berasa masam kerana ia mengandungi pinene dan terpenes linalool. Herba ini mengandungi sumber terbaik mangan,besi, magnesium dan juga serat pemakanan.

Daun ketumbar sebenarnya kaya dengan vitamin C, vitamin K dan protein. Selain itu, daun ketumbar juga mengandungi sejumlah kecil fosforus, tiamina, kalium, kalsium, karotena dan niasin. Berikut adalah kebaikan daun ketumbar.
  1. Dapat mengurangkan bengkak
  2. Melegakan penyakit kulit
  3. Merendahkan kolestrol
  4. Melegakakan cirit-birit
  5. Mencegah loya
  6. Pembuka selera
  7. Mengurangkan tekanan darah
  8. Mengurangkan nafas berbau
  9. Kurangkan alahan
  10. Kurangkan sakit akibat haid
  11. Melindungi daripada jangkitan saluran kencing
  12. Merendahkan tahap gula dalam darah
Sumber: Mingguan Wanita

Apabila Bos Tak Suka Kita


Bila cakap pasai kerja semua orang mengeluh. Stress dengan kerja yang tak pernah habis. Dah la stress dengan kerja yang menimbun ditambah pula dengan perangai bos yang tak berapa best asyik nak mengarah je mentang-mentang la bos. Rakan sekerja pulak ada yang tak nak bagi kerjasama macam manala tak stress.

Setiap bos mempunyai sifat yang berbeza. Ada bos yang baik hati, sering menjaga kebajikan pekerjanya tapi ada juga bos yang memandang rendah akan kebolehan pekerjanya sehingga ada je yang tak kena di matanya. Oleh sebab itu, ada yang makan hati. Dalam sedar tak sedar sebenarnya bos kita tak suka kita. Nak tau apa punca bos jadi macam tu.

Komunikasi tak sehala
Kita tak pernah tahu isi hati orang lain. Begitu juga dengan bos kita. Mungkin apa yang dilakukan oleh bos adalah yang terbaik bagi pandangannya tambahan pula kurangnya komunikasi antara bos dan anda sehingga berlakunya ketidaksefahaman antara anda dan bos anda. Apabila perkara sedemikian berlaku, cuba cari penyelesaian bagi masalah ini supaya tidak berlarutan sehingga memberi kesan kepada pekerjaan anda. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada berjumpa atau menjauhkan diri daripada bos anda kerana ini akan merumitkan lagi keadaan dan masalah tak akan selesai.

Fahami keutamaan
Bos bukan sahaja perlu memberi keutamaan kepada kita sahaja malah bos juga perlu beri perhatian kepada perkara yang lain. Tidak semestinya apabila bos kurang memberi perhatian kepada anda bermakna bos tidak suka. Mungkin pada pemahamannya anda telah melakukan kerja dengan bagus dan tidak perlu dipantau dengan lebih kerap. Berfikir secara positif dan fokuskan kepada tugas anda.

Asyik Mencari Kesalahan
Ada je yang tak kena dipandangan matanya. Buat itu salah, buat ini pun salah. Semuanya salah. Jika situasi ini sentiasa berterusan memang pening kepala. Apabila perkara ini terjadi cuba bersemuka dengan bos anda untuk mencari jalan penyelesaian elakkan pertengkaran sebaliknya minta pendapat ataupun pandangan untuk perbaiki kesilapan diri.

Tiada penghargaan
Apabila kerja yang kita buat tidak mendapat penghargaan daripada bos memang semangat akan down. Janganlah berterusan begitu. Anggap sahaja rezeki anda belum tiba. Janganlah mudah putus asa. Seharusnya kita perlu lebihkan usaha supaya apa yang kita inginkan akan tercapai.




Wednesday, 5 April 2017

Pemenang Big Baby Fair Blogger Contest Dah Diumumkan


Pemenang dah diumumkan. Tahniah kepada semua pemenang Big Baby Fair Blogger Contest. Pada yang tak berjaya macam kinah kita tunggu je la contest seterusnya.

Hello April


Agak lewat juga kinah nak ucapkan selamat datang April. Aii pejam celik dah bulan April cepat betul masa berlalu ye. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dimurahkan rezeki kita, dan dipermudahkan segala urusan.
© Love Is Simple
Maira Gall