Wednesday, 26 April 2017

Transaksi Tol Tanpa Tunai Bermula Hari Ini


Mulai hari ni transaksi tol tanpa tunai di semua plaza tol telah bermula. Jadi mana yang selalu guna tol bayaran tunai dah kena simpan kad PlusMiles, kad Touch'ngo atau SmartTag dan top up siap-siap. Harapnya dengan pelaksanaan sistem ni dapat mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama musim perayaan. Kita tengok la nanti sejauhmana sistem ni boleh diguna pakai. Sebabnya ada juga yang lupa topup sebab ingat masih ada balance lagi. Pernah jadi masa kitorang nak ke mana tak pasti tapi guna lorong touch n go la. Kereta depan touch kemudian tak lepas sebab baki tak cukup. Terpaksala mengundur. Nasib kereta tak banyak masa tu.

Jadi sama-samalah kita top up kad touchngo kita tu demi kesejahteraan semua hehehe. 


1 comment:

  1. Hehehe tu la memang kena sentiasa ada spare kredit dalam tu, takut terlupa naya nanti jammed tol tu.

    ReplyDelete