Tuesday, 30 May 2017

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Tuesday, May 30, 2017 7 Comments

Syaratnya sangat mudah
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow GoogleSha
3. Buat satu entry dengan tajuk "RamadhanSyawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani".
4. Bubuh banner diatas dan backlink ke entry.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya
1. 8 set sampul duit raya & kad raya untuk 8orang pemenang.
2. Hadiah saguhati untuk 12 orangpemenang iaitu kiriman kad raya dari Sha.
Jumlah hadiah = 20 pemenang

Tempoh Giveaway 27 Mei 2017 sehingga 07 Jun 2017.
Pengumuman pemenang pada 09 Jun 2017.

Jom ramai-ramai kita join.

CPUV ~ Friso Gold

Tuesday, May 30, 2017 2 Comments
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Nuffnang bermurah hati bagi CPUV lagi. Kali ni Friso Gold. Setakat ni tak nampak lagi bayang iklan Friso Gold. Ade nanti rajinle tekan ye hehe. Walaupun tak banyak dapat hasilnya kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Iklan Prego aritu pun dah credit dah. Cepat betul creditnya. Harap Friso Gold ni kekal lama sikit. Meh nak cerita sikit mengenai Friso Gold.


Siapa tak kenal dengan jenama Friso Gold, satu jenama yang begitu sinonim dengan ibu bapa. Friso Gold ni ada 4 step. Step untuk ibu hamil iaitu Frisomum step kedua pulak untuk baby yang berumur satu 6 bulan ke atas ye. Untuk bayi bawah 6 bulan digalakkan minum susu ibu. Step 3 pula untuk kanak-kanak yang mula meneroka. Kalau Thahirah minum, sesuai untuk tahap yang ketiga ni dan yang terakhir untuk tahap 4 untuk tiga tahun ke atas.

In sha Allah nanti kinah akan review satu produk Elysium by Jacqueline.K.


SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM

Tuesday, May 30, 2017 8 Comments
Assalamualaikum semua. Pejam celik dah 4 Ramadhan. Lagi 26 hari lagi kita semua nak menempuh bulan Ramadhan ni. Kelazimannya, dulu orang dah mula nak edar kad raya. Bila dapat kad raya daripada kawan, teman istimewa rasa berbunga hati ni ha. Tapi zaman sekarang dah jarang orang nak hantar kad raya sebab dah ada gajet. Apa-apa semuanya pakai whatsapp, facebook, twitter semua. Jadi bila kita join segmen yang dianjurkan blogger Shida sedikit sebanyak dapat menghidupkan semula hantar kad raya pada kawan. Barulah ada sentimental tak gitu.

Berbalik pada syarat yang Shida nyatakan di entri mengenai keunikan dalam blog Syida ni of course la header dia yang baru tu. Nampak real  dan satu lagi menarik perhatian dalam blog Shida ni, ada tips yang menarik untuk pembaca tau seperti pada yang suka bercuti atau travel tu bolehla baca pengalaman Shida semasa bercuti sedikit sebanyak dapat membantu kita bila nak travel nanti.

Oklah, jom kita join segemen ni. Segmen ni hanya berlangsung satu hari aje. Siapa lambat tak dapat. Syarat-syaratnya pun mudah je. 

Saturday, 27 May 2017

Thursday, 25 May 2017

Motherhood Rangkaian Beli Belah Keperluan Bayi

Thursday, May 25, 2017 1 Comments
Tak lama dah nak puasa. Ada yang awal-awal dah buat persiapan untuk beraya katanya tak nak kelam kabut nanti. Betul jugak tu. Selain sibuk buat persiapan untuk beraya, ada juga yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran baby nanti. Jadi, bagi memudahkan bakal ibu-ibu atau pun yang dah bergelar ibu untuk mencari keperluan baby, keperluan ibu lepas bersalin, anak kecil dan kanak-kanak, jadi kinah nak suggest pada korang satu laman web ni. Laman web ni khusus untuk barangan baby je daripada A hingga Z. Jadi para ibu-ibu tak payah la nak pening kepala nak cari barang baby. Sekarang ni semua dah mudah. Semuanya di hujung jari je cuma korang klik je Motherhood

Di Motherhood semua kelengkapan yang diperlukan adalah complete yang mana merangkumi pelbagai kategori seperti mainan, makanan bayi, lampin pakai buang, mandian, stroller dan sebagainya.



Selain tu, di Motherhood juga kita dapat maklumat dan info yang berguna seperti tips keibubapaan, panduan penyusuan yang betul, perkembangan bayi dan juga resepi yang sesuai untuk si manja korang. Menarikkan!! Selain membeli barangan dapat juga info yang berguna. So jangan lupa tau save web ni, mana tau tiba-tiba memerlukan http://story.motherhood.com.my

Untuk pengetahuan semua, segala produk yang terdapat di Motherhood merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia. Jadi tak payah pening-pening dah nak pergi shopping mall nak beli barang belum lagi dengan anak meragam tak dapat la nak belek lama-lama dan ada juga ibu-ibu yang dah sarat tak larat nak jalan lama-lama. Bila ada Motherhood ni apa brand yang biasa kita pakai klik je pastu sampai depan rumah. Lebih daripada 20 jenama yang dipercayai oleh semua ibu ada di sini.

Sebahagian daripada jenama yang terdapat di Motherhood

Korang jangan la risau, pelbagai testimoni telah diterima dan majoriti berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh team Motherhood tau dan jika ada masalah dengan barang yang diterima korang boleh request sama ada nak return ataupun refunds bolehlah rujuk di sini.



Sebahagian daripada testimoni


Ehh ada lagi tau, istimewanya Motherhood ni selalu buat promosi kaw-kaw murah dari super market. So, para ibu-ibu kenala rajin bukak Motherhood ni kot-kotla barang yang ibu-ibu berkenan ada sale. Untuk pengetahuan semua, Motherhood juga turut menawarkan Today's Special k. Haa kalau terlepas kena tunggu lagi.










Banyakkan promosi tengah berlangsung. Jangan tunggu lama-lama nanti promosi habis jangan nangis kat bucu katil pulak kui kui.

Monday, 22 May 2017

Review~ Mr London Ms Langkawi

Monday, May 22, 2017 5 Comments
Kali ni kinah nak review sebuah novel karya Herna Diana terbitan Alaf 21. Novel ni dah lama ada dipasaran cuma baru sekarang kinah ada kesempatan nak membacanya. 

Novel ni mengisahkan Aidid Mukhlis yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Sejak dari kecil lagi Aidid dan keluarga menetap di luar negara sehinggakan jiwanya dan rasa cinta pada kampung halaman hilang. Setelah didesak oleh ayah dan mamanya, Aidid terpaksa pulang ke Langkawi kampung halaman ayahnya.

Nurul Liyana aka Nana merupakan gadis biasa yang hanya mempunyai kelulusan SPM saja. Walaupun Nana ni dikategorikan pelajar bukan cemerlang tapi jiwanya besar. Semangat cinta akan tanah air cukup menebal.

Nana dibesarkan oleh Tok dan Tokwannya setelah ibu bapanya meninggal dunia. Dengan mereka berdualah tempat Nana menumpang kasih. Hendak dijadikan cerita, Nana diminta oleh Tokwannya untuk menjemput abang sepupunya, Aidid Mukhlis di lapangan terbang. Dari situlah kisah mereka bermula. Apabila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Ada je yang tak kena. Seorang serius yang seorang lagi, nakalnya  Nauzubillah.

Apabila Mr London dan Ms Langkawi ni asyik bertekak, lama-lama menjadi serasi. Hubungan mereka kembali dingin apabila keluarga mereka ingin menyatukan pasangan tak sebulu ni. Akhirnya mereka akur dengan kehendak keluarga. Apabila baru mengecapi kebahagiaan Aidid ditimpa kemalangan. Kemalangan yang menimpa Aidid dikatakan sial daripada Nana. Kehadiran bapa saudaranya, Azam dan makciknya Salbiah serta sepupunya, Adira telah meracuni fikiran ibu mertua Nana, Puan Mariam. Puan Mariam pula termakan dengan hasutan keluarga Azam dan meminta Nana supaya meninggalkan Aidid kerana tidak mahu sial Nana melekat pada Aidid.

Nana terpaksa meninggalkan suaminya tanpa kerelaan hati. Berjayakah Aidid mencari isterinya? Apakah yang akan terjadi kepada keluarga Azam? Apakah sebenarnya kisah silam Nana? Semuanya terjawab dalam Mr London Ms Langkawi.

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza

Monday, May 22, 2017 2 Comments
Tahniah kepada kumpulan UNIC kerana menjadi juara dalam Gema Gegar Vagacnza. Persembahan daripada semua peserta memang wowww. Kumpulan UNIC membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,00.00 sumbangan daripada Astro.
Tempat kedua dimenangi oleh Hijjaz. Malam ni memang power diorang rap. 

 Tempat ketiga Mirwana
Tempat keempat Azmi Caliph Baskers
Tempat Kelima Hafiz Hamidun
Tempat keenam Saujana

Tahniah kepada semua. Semoga terus success dalam karier korang semua. 



Friday, 19 May 2017

Thursday, 18 May 2017

Rupanya Macam Ni Cara Untuk Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Puasa

Thursday, May 18, 2017 7 Comments
Air sangat penting dalam kehidupan kita. Cuba bayangkan kalau tiada air, semua tanaman, dan hidupan akan mati. Begitu juga kita sebagai manusia yang memerlukan air untuk kelangsungan hidup. Manusia boleh bertahan tanpa makan tapi jika tiada air, hanya beberapa hari aje kita mampu bertahan. Jadi kita sebagai manusia hargailah air dan jangan membazir dengan sumber itu.

Oh ye dah tak lama dah nak masuk bulan puasa. Pada masa ni, kita tidak minum air untuk tempoh tertentu. Boleh ke kita bertahan tanpa air bagi tempoh tersebut? Sebenarnya boleh. Dengan cara pengambilan air yang betul kita dapat bertahan tanpa air sepanjang hari tau. Adala caranya. Kinah pun baru tahu cara ni. Dulu ikut tekak je, dahaga minum. Sebenarnya cara tu salah. Badan kita memerlukan air dengan secukupnya, jika tidak akan berlaku dehidrasi. Cara nak mengelak berlakunya dehidrasi, kita perlu minum air sebanyak 8 gelas sehari. 8 gelas?? Ye betul 8 gelas sehari dah cukup untuk tubuh kita.
Pada bulan puasa untuk mencukupkan sebanyak 8 gelas sehari ada caranya. Berbeza dengan bulan-bulan lain. Kalau bulan lain bila-bila masa je kita boleh minum. Jadi di sini kinah nak kongsi sikit pada semua bagaimana nak cukupkan 8 gelas pada bulan puasa ni.
Sumber yang kinah dapat ni daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau. Seperti yang kita tengok dalam gambar rajah tu, untuk melengkapkan 8 gelas air pada bulan puasa kita mulakan selepas bangun sahur, kemudian selepas sahur. Pastu selepas azan maghrib. Kalau kinah pada masa ni satu gelas tak cukup kot hehe. Satu gelas lagi selepas makan, selepas solat Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur. Haaa macam mana? Cukup 8 gelas sehari kan. Ok la selamat mencuba dan selamat berpuasa tak lama lagi. 

Wednesday, 17 May 2017

CPUV~ Prego17 Campaign

Wednesday, May 17, 2017 3 Comments
Alhamdulillah, dapat iklan baru daripada Nuffnang. Kali ni daripada Prego. Setakat ni tak nampak bayang lagi iklan Prego tu. Nanti ade la tu. Alhamdulillah walaupun tak banyak kumpul sikit-sikit lama-lama dah boleh cash out lagi. 
Terima kasih Nuffnang bagi iklan lagi kat Kinah. Ingatkan dah credit Blackmores Vital Shine tu, takde lagi iklan untuk bulan ni tup tup dah ada. Siapa dapat juga tu tahniah ye.

Mmm sedapnya. 

Tuesday, 16 May 2017

Selamat Hari Guru Buat Cikgu Tersayang

Tuesday, May 16, 2017 2 Comments
Hari ni tanggal 16 Mei 2017 adalah tarikh yang sentiasa tersemat di hati semua pelajar. Tak kira la tadika, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. 
Selamat Hari Guru kepada seluruh guru di Malaysia dan tak lupa juga guru semasa di tadika (makcik kite), sekolah rendah, sekolah menengah dan tak lupa pensyarah di UUM. Sesungguhnya jasa kalian semua tak akan ku lupa sampai bila-bila.


Monday, 15 May 2017

Keputusan Segmen Mencari Bloglist By Kinah

Monday, May 15, 2017 12 Comments

Dah semak nombor masing-masing? Kalau belum boleh rujuk kat sini tau. Ok lah tak nak membuang masa kinah nak umumkan siapa yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist kinah nanti. Untuk kali ni kinah gunakan random ye dan lihat je nombor yang tertera. Semuanya ada 15. Hari tu kinah ada bagitau kan, disebabkan segmen ni mendapat sambutan kinah tambah dari 10 ke 15 link. 

Tahniah semua. Link ni kinah akan masuk paling lewat pun hujung minggu ni ye.

Sunday, 14 May 2017

Segmen Mencari Bloglist by Kinah Tamat

Sunday, May 14, 2017 0 Comments

Alhamdulillah, tamat sudah segmen mencari bloglist. Kinah tak sangka segmen kali ni mendapat sambutan daripada semua blogger kat luar sana. Kinah appreciate sangat. Thanks ye. Oleh kerana ramai yang join kinah dengan berbesar hati nak tambah lima lagi kiranya kinah cari 15 semuanya untuk dimasukkan ke dalam bloglist. Nak buat giveaway tunggu ada modal dulu ye.

Untuk mengetahui sapa yang terpilih kena tunggu dulu la ye. Nanti kinah akan umumkan. Oh ye kalau tak keberatan mana yang tersenarai nanti jangan lupa masukkan kinah dalam senarai bloglist korang juga ye. Tak paksa pun, nak bubuh ok tak bubuh pun ok.  Nantikan ye

Pss:// Sementara tu bolehla blogwalking.

Segmen Mencari Bloglist By Kinah

Sunday, May 14, 2017 46 Comments
Disebabkan senarai bloglist kinah dah hilang lepas edit haritu, kinah cadang nak buat segmen simple. Simple dan bermanfaat untuk semua. Pemilihan ni berdasarkan random je. Harap ada yang join segmen simple ni. 


Follow blog Kinah
Like Facebook Page Love Is Simple
Berlangsung dari 6hb Mei hingga 14 Mei 2017
Kinah mencari 10 blog

Buat satu entri dan tepek banner dan link ke blog ni serta tinggalkan link entri di petak komen di bawah.



Total Pageviews