Rahsia Warna Pada Makanan Kita

Rahsia Warna Pada Makanan Kita
Rahsia Warna Pada Makanan Kita

Putih
Buah-buahan seperti pisang, ciku, longan dan durian belanda sebenarnya mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin C. Namun begitu, buah-buahan ini tidak banyak mengandungi antioksidan. Sayuran seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan kaya dengan vitamin E dan C.

Ungu
Bagi buah-buahan dan sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan sel otak anak anda berfungsi secara optimum kerana ianya mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin iaitu antioksidan. Antioksidan ini dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Selain itu, buah-buahan yang berwarna ungu ini juga mengandungi anthycianin bagi membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolestrol. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh badan.

Merah
Buah-buahan dan sayuran berwarna merah mengandungi likopen iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Makanan yang berwarna merah juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah daripada terkena penyakit berjangkit. Antaranya seperti tomato, anggur merah, tembikai dan kacang merah.

Hijau
Makanan yang berwarna hijau mengandungi lutien dan zeaxantin. Kandungan ini dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa pun sama. Berlainan pula dengan warna hijau tua seperti brokoli yang mengandungi indoles dan isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh badan dan mencegah kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, maka semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara contoh seperti bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau dan kiwi.

Kuning atau Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning atau jingga memiliki kandungan beta karoten dan alpha karoten. Apabila didalam tubuh, kedua-dua zat ini akan berubah menjadi bentuk aktif Vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga merupakan antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Antara buahan dan sayuran berwarna jingga atau kuning ialah keledek, limau, lobak merah, labu, mangga, aprikot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, kaya dengan potasium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

Post a Comment

2 Comments

  1. nice info kinah. kena makan byk sayur baru balance diet seharian kan

    ReplyDelete
  2. Ini rupanya rahsia makanan dan warna tu ya
    .
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete