Berbuka Puasa di Kelapa Lelehhh Kampor

by - Saturday, June 17, 2017

Pada minggu lepas, berkesempatan berbuka puasa di Kampar. Makk aih jauhnya. Saja nak tukar angin. Orang Perak terutamanya yang tinggal di daerah Ipoh pastinya dah mengenali tempat ni. Nama tempat yang kami terjah ni namanya Kelapa Lelehhhhh Kampor.
Kelapa Lelehhhh Kampor terletak berhadapan dengan Masjid Kampar tak jauh dari Pekan Kampar. Kalau korang dari Tapah, kedai tu terletak di belah kiri korang. Kalau korang dari Pekan Kampar kedai tu di sebelah kanan. Haaa tepi jalan je.

Sempena pada bulan Ramadhan ni, Kelapa Lelehhh Kampor menawarkan satu menu istimewa. Namanya Nasi Ole Bali Lambak. Serius cakap kalau korang makan sorang nasi ni memang takkan habis. Namanya pun dah lambak hehe.
Untuk pengetahuan korang, Nasi Ole Bali ni boleh order ikut saiz tau. Gambar di atas ni saiz L.
Nasi Ole Bali Saiz S
Banyakkan lauknya, ada telur masin, udang kerabu, sate ayam. Jujur cakap memang sedap. Kinah dengan suami siap kongsi tau. Sebab banyak sangat. Kitorang order nasi saiz S pun payah benor nak habis haha. Sebenarnya kinah order western, sebab kena tunggu kinah makan sikit yang suami punya haha. Sikit ke???

Kenyang makan Nasi Ole Bali, kinah punya order pun sampai. Western lambak namanya. Memang berlambak. Nampak menyelerakan. Korang kena try Western Lambak ni memang tak akan menyesal punya lah.
Memang puas hati makannya weh. Tengok tu penuh dulangnya. Ada spageti oglio olio, cheesy wedges, sosej, meatball, french fries, chicken chop. Memang menyandar lepas makan ni. Itupun tak larat nak habis. Bungkus bawak balik rumah. 

Makan tanpa air memang tak sah. Kinah order air Soda herbs. Teringin tengok kat facebook, nak buat takda kesempatan lagi, lastnya order. Memang puas hati. Kalau kedai lain air minuman dalam gelas tapi di Kelapa Lelehhh Kampor guna yang ni. Puas minum weh
Pada bulan puasa ni, kalau nak makan sini baik booking dulu. Bukannya apa nanti penuh korang kena tunggu lama pulak. Antara menu lain yang terdapat di Kelapa Lelehhh Kampor ialah














Macam mana bestkan. Tunggu apa lagi, bulan Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya rugi la korang tak cuba menu istimewa ni. Ingat tau buat booking dulu. Nanti tak dapat pulak. 

Untuk booking dan maklumat lanjut bolehla  whatsapp no ni


You May Also Like

13 Pengomen Tegar

  1. Jauhlah nak ke situ. Saya di shah alam. Tak berbaloi nak berbuka situ. Sampai rumah nanti lapar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila turun Ipoh nanti pun boleh cuba. Sekurangnya dah tau tempat makan yang best. Kedai ni bukannya buka pada bulan puasa je

      Delete
  2. boleh tahan. nampak sedap je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Bila-bila turun ipoh nanti cuba la.

      Delete
  3. Wah portion dia boleh tahan besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pilih ikut saiz. Walaupun amik saiz kecik tetap juga kongsi. Sebab banyak. Stail ala lambak gitu

      Delete
  4. Kalau gi Kuala Kangsar nanti, nak ajak kawan pi sini ������

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang best pun. Turun ipoh nanti boleh cuba

      Delete
  6. Wow.. bestnya.. dekat dah nie tapi pergi lepas rayalah.. baru puas nak makan.. hehehe.. bulan puasa nie, berbuka makan sikit je..

    ReplyDelete
  7. Semua makanan tu nampak menarik dan sedap. Nasin baik dah buka puasa

    ReplyDelete