Ikan Pekasam Goreng

Ikan Pekasam Goreng

Tiba-tiba tekak nak makan ikan pekasam pulak. Dah nama pun tekak Melayu herher. Nasibla stok ikan pekasam masa bulan puasa aritu ada lagi. Ikan pekasam ni kalau makan dengan nasi panas memang tak ingat ape dah. Siapa sini makan ikan pekasam kita geng herher. 

Resepi Ikan Pekasam Goreng
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
Cili merah
Limau nipis

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Setelah minyak panas, goreng ikan pekasam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan cili merah sehingga layu.
  4. Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
  5. Sedia dinikmati, dan sebelum makan perah dulu dengan limau nipis barula sedap herher
Jemput makan.....




Post a Comment

10 Comments

  1. Sedapnya.. Makan pula dengan nasi panas-panas.. Pergh!!

    ReplyDelete
  2. Perghhh, memang terangkat lerrr 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Ikan pekasam ni memang berhantu. Kalau makan nanti nasik bertambah-tambah, hahaha/

    ReplyDelete
  4. Look yummmmmm ~ will keep this resipi

    ReplyDelete
  5. Mkn plak dgn nasi panas2. Fv jgk nih..untung Mak ct sndiri penjual pkasam. So stock sentiasa Ada..teringin jer leh goreng

    ReplyDelete