Jom Cegah Denggi Di Sekitar Rumah


Jom Cegah Denggi Di Sekitar Rumah| Baru-baru ni, rumah kami didatangi orang kesihatan. Ahh sudah dalam hati mesti ada kes lagi di kawasan kejiranan kami. Memang sungguh ada yang kena. Siapa tu tak pasti. Sekarang ni kawasan rumah kami telah digazetkan sebagai kawasan denggi.

Biasalah bila kawasan kejiranan bercampur dengan warga asing, beginilah jadinya. Masa ambil angin di tepi tingkap (rumah tepi jalan je) ternampak orang kesihatan tengah buat pemeriksaan di kawasan sekitar. Balai polis pun tak terkecuali. Habis dipusingnya kawasan. Rasanya kempen dah macam-mcam dah tapi kesedaran tu langsung tiada. Risau betul la. Angkara orang lain kita yang kena. 

Jom kita story sikit pasai denggi. Demam denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus yang dibawa oleh si nyamuk Aedes. Hmm.. Individu boleh menghidap penyakit ni melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi. Jangan terkeliru tau.


Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mengalami demam kuat secara mengejut. Antara tanda-tanda demam denggi ialah
  • Bintik-bintik merah pada kulit
  • Sakit kepala yang kuat
  • Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
Luangkan masa pada hujung minggu untuk mencari sama ada di dalam serta diluar rumah dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes serta memberi kerjasama kepada anggota kesihatan semasa semburan.



Petua Elak Gigitan Nyamuk
  • Sembur racun serangga (aerosol) untuk menghapus nyamuk Aedes
  • Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Guna kelambu semasa tidur
  • Ketika berada di luar rumah terutama pada awal pagi atau lewat senja anda perlu memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

Post a Comment

2 Comments